Saturday, 7 May 2011

Kasih Sayang Yang Ikhlas Hanyalah Dari Ibu Ku =')



Assalammualaikum....


                        Rase sungguh gembira malam ku ini selapas dapat menalipon mak tadi.Biasalah ,memang  rutin ku menalipon mak setiap malam minggu untuk bertanyakan kabar berita .Tapi malam ni lain dari panggilan-panggilan yang sebelum ini.Malam ni aku borak sangat lame dengan mak.Hahaha,dari bertanya kabar,cerita keadaan masing-masing ke bergossip tapi bukan bergossip yang tak baik,tapi saje nak kene kan akak ku yang ada kat tepi mak time tu.Rase sungguh terhibur hati ku malam ini.Ketawa terbahak-bahak aku dibuat nye.Terase rindu pula dekat mak dan sekeluarga.Mak dari aku belajar disini,setiap panggilan mesti cakap "bulan 8 dah raya,lepas tu  sekejap jek dah bulan 11". Walaupun macam takde kaitan kan bulan 11 tu dengan raya,tapi aku menggerti,mak tak sabar nak tunggu aku pulang.Aku pn tak sabar gak nak balik sebenar nye (hehehehe).
                          Wah,baru aku teringat,lupa pula nak wish "Hari Ibu " tadi.Adoi hai,apelah aku ni
 ( =.="),tu lah ,terlalu seronok menlipon mak tadi.Rase tak sanggup pulak aku untuk kehilangan mak kalau satu hari nanti ketentuan dari Allah itu berlaku.Apekah aku tabah untuk menghadapinya.Ibu kepada seorang rakan ku telah pun kembali ke Rahmatullah ( Innalillahi wainalillah hirojiun ) .Semoga sahabat ku itu terus tabah meneruskan kehidupannya.Aku pun tak sanggup kalau kehilangan mak ku.Tersangat lah banyak pergorbanannya kepadaku.Tempat ku mendapat kan kasih sayang .Semoga mak ku terus sihat semoga aku terus dapat kasih sayang darinya (Ameen).
                     Tapi tadi siang ,aku ada baca surat kabo online,berita pasal anak halau bapa dari rumah akibat bapanya menegur isterinya.Oh,adakan aku akan jadi begitu terhadap ibu bapaku selepas aku berkahwin nanti.Mintak-mintak lah aku dijauh kan dari bersikap begitu.Rase marah pun juge pas bace berita tu terhadap orang tu.Semoga ,aku mendapat isteri yang solehan nanti (Ameen).Harapnye,aku tidak lah jadi macam tu,kerana terlalu banyak mak dan abah berkorban untuk aku.Semoga mak dan abah ku diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati oleh Allah s.w.t (Ameen)

Friday, 6 May 2011

This Song For My Future WIfe =D

Fantasia Bulan Madu 

Demi cintaku pada mu
Ke mana saja kan ku bawa
Ku hujung dunia ke bintang
Kejora

Demi cintaku padamu
Kukorbankan jiwa dan raga
Biar pun harus ku telan
Lautan bara

Bulan madu di awan biru
Tiada yang menggangu
Bulan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang putih tak terbendung
Sesuci embun pagi

Andai dipisah
Laut dan pantai
Musnahlah ilham
Hilang pedoman

Andai dipisah
Cahaya dan bulan
Gelap gulita
Musnah asmara



Instrumental song from me =)
Song: Fantasia Bulan Madu
Artist:Search
Backup Music:Guitar Pro 5 arranged by me =D

Monday, 25 April 2011

Saya tiada bakat menyayi =.=" (2)


Haha....segment "saya tiada bakat menyayi =.= " kembali lagi kali ini dgn lagu lain pula.Kali ni lagu "suci dalam debu " dri kumpulan IKLIM.Actually lagu ni slow standard rock cintan,but due to x cukup pemuzik,so kne lah ubah sikit jd kan rancak supaya x bnyak kosong.Agak sumbang + suare ku yg sngt merdu ini agak memalukan,hehehe.Tp x pe, "Ade aku kesah kak Esah oiiii".Just for fun hehehe.
Para juri: Vokal(ad peningkatan),Pitching(errr..aku pn x th pitching tu rghupe mane),Harmonic(same,x th juge)

Surah Al-Fatihah adalah rukun solat!

Assalammualaikum.....

Untuk post kali ini saya just nak berkongsi sedikit pekara yg saya ketahui ,somethings yg  simple tp impak nye besar.Seperti yang kite ketahui  surah Al-Fatihah merupakan salah satu rukun solat dan kita mestilah membacanya dgn betul dri segi tajwid dan sebutannya.Saya bkanlah pakar dalam bidang agama,cuma mahu berkongsi ap yg sy th.Pekara ini sy ketahui semasa sy menghadiri majlis ilmu satu ketika dulu.Ustaz yg memberikan ceramah itu ada menyebutkan beliau sering terdengar sebilangan Imam di masjid yg membaca Al-Fatihah salah dari sebutan nya.Beliau menyatakan solat itu tidak sah disebabkan sebutan yg salah itu kerana maksud nya sudah lari.Ustaz itu menyatakan sebutan yg sering salah ialah pada garisan hijau yg telah sy lakarkan di bawah.


Kesalahan itu ialah, sebutan yg salah yg selalu disebut ialah  "aalamin" dimana lebih kepada huruf "alif" dan sepatut nya disebut "a'lamin" dimana sebutan huruf  "ain"
Ini sajalah yg dpt sy kongsikan,tentang pekara yg lain,sy blum ckup yakin untuk berkongsi kan nya.
Sebagai panduan untuk sama meneliti bacaan kita btul atau tidak,boleh lah menonton video dibawah ini dijadikan panduan:

Sama2 lah kita jaga kesempurnaan solat kita ,sesungguhnya solat itu mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t  dan membezakan kita dengan agama yg lain.

Friday, 22 April 2011

Keindahan Alam Ciptaan Allah s.w.t......





Today ,sy n kawan2 pergi jalan2 sempena cuti mid semester yg bru bermula hri ini,so enjoy with my journey b'coz agak2 indah2 tmpt2 yg dituju hri ini .Selame hmpir 3 thun berada di melbourne ni ,bru hri ini dpt bejalan di kawasan Mornington Peninsula.X lah jauh pn tmpt ni dri rumah sebenar nye.Gold Cost yg jauh bley pg tp tmpt yg indah  ni yg jauh sekangkang kera pn x pg2...=.='.So mase berhenti nak snap2 gambar ,ternampak lah kehebatan ciptaan Allah ini.MasyaAllah,sangt teruja melihat pancaran matahari ini.so nice ,mcm pancaran dri kapal alien yg nak mendarat ke bumi yg bse tgk kt dalam movie2 mat salleh tu.Then ,I snap that picture wlaupn xde DSLR, but I still can snap  nice quality pictures..hehe........I'm very2 excited to watch  this fenomena .
Lokasion: Arthurs Seat Hill(Murray Lookout Point)-Mornington Peninsula
Lelaki kemera : Me =')
Kemera = my phone camera(no need use DSLR)

Sunday, 17 April 2011

Saya tiada bakat menyanyi =.='

Hahaha....hri ni ketensionan melanda diri lantas ku pergi membuang itu tension dgn bergumbira dgn alat muzik ku...ini lah hasilnye ketika sedang tension,wlaupan suare x sedap ,hati tetap juga ingin menyayi.Maaf lah sy x pandai menyayi =.='.Hahaha,klu lah anda2 sekalian x dpt mengecam apakah lagu itu,itu ialah lagu "belaian jiwa" versi rock sikit.Lagu ini  lagu zaman dok hostel,sy blajr dgn junior (bikin malu dehhh,junior lagu power main gitar).This song is nice,wlaupn dh bertahun lamanye,still remember how to play this song,.Sesungguhnye,sy mmg tiada bakat menyayi.Vokal(out),pitching(out),harmonic(out)...i'm loser in singing....(sungguh memalukan).
Location: garaj tepi rumah
Drummer: my housemate
Singer: singa
Guitarist: me = )