Assalammualaikum....
Rase sungguh gembira malam ku ini selapas dapat menalipon mak tadi.Biasalah ,memang rutin ku menalipon mak setiap malam minggu untuk bertanyakan kabar berita .Tapi malam ni lain dari panggilan-panggilan yang sebelum ini.Malam ni aku borak sangat lame dengan mak.Hahaha,dari bertanya kabar,cerita keadaan masing-masing ke bergossip tapi bukan bergossip yang tak baik,tapi saje nak kene kan akak ku yang ada kat tepi mak time tu.Rase sungguh terhibur hati ku malam ini.Ketawa terbahak-bahak aku dibuat nye.Terase rindu pula dekat mak dan sekeluarga.Mak dari aku belajar disini,setiap panggilan mesti cakap "bulan 8 dah raya,lepas tu sekejap jek dah bulan 11". Walaupun macam takde kaitan kan bulan 11 tu dengan raya,tapi aku menggerti,mak tak sabar nak tunggu aku pulang.Aku pn tak sabar gak nak balik sebenar nye (hehehehe).
Wah,baru aku teringat,lupa pula nak wish "Hari Ibu " tadi.Adoi hai,apelah aku ni
Wah,baru aku teringat,lupa pula nak wish "Hari Ibu " tadi.Adoi hai,apelah aku ni
( =.="),tu lah ,terlalu seronok menlipon mak tadi.Rase tak sanggup pulak aku untuk kehilangan mak kalau satu hari nanti ketentuan dari Allah itu berlaku.Apekah aku tabah untuk menghadapinya.Ibu kepada seorang rakan ku telah pun kembali ke Rahmatullah ( Innalillahi wainalillah hirojiun ) .Semoga sahabat ku itu terus tabah meneruskan kehidupannya.Aku pun tak sanggup kalau kehilangan mak ku.Tersangat lah banyak pergorbanannya kepadaku.Tempat ku mendapat kan kasih sayang .Semoga mak ku terus sihat semoga aku terus dapat kasih sayang darinya (Ameen).
Tapi tadi siang ,aku ada baca surat kabo online,berita pasal anak halau bapa dari rumah akibat bapanya menegur isterinya.Oh,adakan aku akan jadi begitu terhadap ibu bapaku selepas aku berkahwin nanti.Mintak-mintak lah aku dijauh kan dari bersikap begitu.Rase marah pun juge pas bace berita tu terhadap orang tu.Semoga ,aku mendapat isteri yang solehan nanti (Ameen).Harapnye,aku tidak lah jadi macam tu,kerana terlalu banyak mak dan abah berkorban untuk aku.Semoga mak dan abah ku diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati oleh Allah s.w.t (Ameen)

No comments:
Post a Comment